Pages

Daisypath Anniversary tickers

TENTANG ANIZ ANIZA

My Photo
ANIZ ANIZA
Putrajaya, Malaysia
Seorang Isteri..Seorang Ibu Kepada Buah Hati Kesayangan Ku..Ammar Hafiz & Fariesya Irdina. Tiada Apa Yang Membahagiakan Selain Adanya Insan Tercinta Ini Di Sisi Ku..
View my complete profile

ANAK² TERCINTA

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Thursday 1 March 2012

KHASIAT BUAH DELIMA

merah delima
Krak Kruk...sedapnye buah ni....merah menyala...klu makan masukkan dalam mulut banyak²  ahh nyaman nya...hehe..petang ni nak try cari kat pasar raya kat K.K ni..klau adelah..susah nak jumpa buah ni di jual kat K.K..sapa tau mana pasaraya yang de jual buah ni?kasi tau aku.nanti aku belikan sekali untuk kamu..pernah jumpa sekali..tapi mahalnya ya ampun.hahhahah....masa pregnan yang kedua tercari-cari aku buah delima ni..tapi tak jumpa..pesan kat kawan klu ke KL pun x dapat..die kate x jumpe...hehe hari tuh nampak kat pasar Chow Kit masa kursus kat KL..tu pun tak beli..mungkin sebab bukan mengidam kot..tu yang rase tak teringin nak beli..orang kata klu makan ni time pregnan anak kat dalam tu bila kuar bibir die kemerahan... anak leh jadi bijak.betul ke?x pe lah kita tengok khasiatnya dulu

Khasiat Buah delima untuk kesihatan
  • Buah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
  • Buah delima   dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
  • Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
  • Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
    – Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.

    – buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.
  • Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
  • Buah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
  • sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
  • Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
  • Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer  ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

pokok delima
Fakta mengenai Buah delima
  • Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.
  • Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.
  • Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.
  • Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.
  • Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.
  • Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.
  • Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
  • Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.
 sumber ini saya ambil dari sini

SELAMAT TINGGAL KOTA KINABALU.....

sedih + gumbira...lalaalala
Cepatnya masa berlalu..genap 5 tahun aku tinggal di bumi bawah bayu ni...terlalu banyak kenangan yang sukar untuk aku lupakan..x lama lagi aku nak balik da Putrajaya....tinggalkan kan segala kenangan duka..bawak balik kenangan indah..chewah.....ermmm klu tengok profile mmg aku letak da tempat kat Putrajaya..tapi aku masih lagi disini (excited je nih)....siapkan kerja yang belum selesai dulu..baru hati tenang nak tinggalkan tempat keje yang sekarang ni....klu tak pening la nanti yang ganyi tempat aku..tapi sedikit demi sedikit akan ku siapkan...mcm da kompom je kan nak pindah..hahah kompom la ni..klu x aku x lah sebok mengemas,menyiapkan kerja yang x pernah nak selesai...siap satu datang lak bertimbun..mmg la tak tersiap.

MAC 2012

Bulan ni last aku kat K.K..tempat baru akan menyusul..membawa harapan baru,cerita baru,kenangan baru ape lagi erk?ye lah yang sewaktu dengannya....ermmmm berdebar-debar rasenyer..manalah tempat aku dicampakkan kan..mcm mane lah plak suasana tempat baru tu kan..jadi tanda tanya plak..harap-harap ia lebih baik dan baik-baik semuanya...hihihi...kebetulan bulan ni sempena bulan kelahiran ku...what a suprise!tunggu je...hmmmm kawan² yang akan ku rindui...doakan kejayaan ku walau kat mana aku berada....n lebih bersemangat nnt di tempat baru...:D..plen da lama nak balik semenanjung dari 2009 lagi...akhirnya tercapai juga niat tu..bukan ape...kat sini tak de saudara mara..hehe..klu ape² jadi nak mintak tolong sape? En. Polis?hehe nak wat pe kan...ape pun aku bersyukur maybe doa mak n ayah meminta ku untuk balik dekat ngan mereka termakbul juga.....amin.....

ERMMMM..TENGOK GAMBAR NI MACAM MENGIDAM PLAK...

Laksa Penang....
Dalam kepala otak ni asyik teringat LAKSA jer..kecur air liur ni..ermmm sedapnyer klu dapat makan ni...tapi nak beli..klu kat kedai kurang kick..hehe..nak tak nak kene wat sendiri..boleh makan berkali-kali kan..hihi mcm mengidam plak...lama da tak buat..bukan malas..tapi sibok sangat². bukan susah pon buat ni...kan...x pe hubby da janji nak bawak makan petang ni..janji dapat rase sikit pon jadilah..hehe


Yummy....sedapnye laksam!
siap dah!jom makan....terliur da ni

Feveret hubby....laksam.maklumlah orang utara...aku da champion da masak ni..hihi..x susah gak..tp banyak bahan die..n tepung die nak kene kukus lagi..pastu kene gulung...adehhh bertambah la malasnyer nak membuat ni...first tyme buat memang agak leceh sikit..tapi kenangkan ade yang suka..kene belajar gak...last² pandai gak..pejam mate pun leh buat..hahhahah...

Roti Jala
Yang ni....memang feveret anak² roti jala ni..nama laen orang panggil roti kirai..suka betul anak² makan cicah ngan susu....habis kat dierang je...hai bilelah nak wat...ni pun x susah..tp silap haribulan leh melekat kat kuali..hehe...nampak sangat jarang buat kan :D...yang bawah ni lagi aku suka.puding karamel...enak menyelerakan...tak susah juga nak buat...heh kecur da air liur...mcm orang mengidam kan..tapi aku x pregnan..mulut ni mcm nak makan jer.....
Puding Karamel
hujung minggu ni harap aku ade la mood "RAJIN" nak buat...tapi bukan la semua dalam gambar  kat atas tu..salah satu je..hikhik...klu ikut yang aku nak makan..yang tekak aku sekarang ni terliur² adalah yang nombor 1 tuh....hihihi....sedap ehhh..x sabar nak makan ni
Layyyyyyannnnn. gambar ni semuanya adalah sumbangan en. Google..
Powered by Blogger.